Isnin, 19 Mac 2012

Tanaman Hiasan

Tanaman Hiasan merupakan satu daripada bab yang terdapat dalam Kemahiran Hidup Bersepadu. Tanaman Hiasan memerlukan medium memasu yang kaya dengan nutrien untuk tumbuh dengan subur dan cantik. Kesuburan tanaman hiasan akan terganggu apabila nutrien di dalam pasu yang telah diambil oleh tanaman tidak digantikan semula. Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan maklumat lanjut.


PENGENALAN TANAMAN HIASAN
Tanaman hiasan ialah tanaman yang di tanam di kawasan persekitaran untuk menghiasi kawasan tersebut.Tanaman hiasan ini di tanam di dalam bekas seperti pasu, atau di tanam terus di atas tanah.Tanaman hiasan ada yang berbunga dan ada yang tidak berbunga.







JENIS-JENIS TANAMAN HIASAN

 Ada pelbagai jenis tanaman hiasan yang di tanam sekitar rumah atau banggunan.
Tanaman hiasan berbeza dari segi pokok, bentuk, warna dan jangka masa hayat.

Pokok naungan - Pokok naungan ditanam untuk memberikan teduhan suatu tempat. Contohnya Pokok Tembusu, Beringin, dan Angsana





Pokok renek - Pokok renek banyak mempunyai batang dan cabang. Contohnya Pokok Bunga Raya, Pokok Bunga Kertas dan Pokok Bunga Ixora.



Pokok palma - Contohnya Pokok Pinang Raja, Pokok Kelapa Gading dan Pokok Pingang Manila.



Pokok memanjat / menjalar - Contohnya Pokok Bunga Kembang Pagi dan Pokok Bunga Ros Jepun.



Pokok bunga semusim - Tanaman hiasan ini berbunga sekali sahaja. Contohnya Pokok Bunga Balong Ayam, Pokok Bunga Keembung, Pokok Bunga Matahari, Pokok Bunga Butang, dan Pokok Bunga Zinnia.



Pokok bunga penutup bumi - Contohnya rumput, Arachis spp


Pokok kaktus - Contohnya Espestoa Lanata dan Cereus Peruvianus

MEMILIH BIJI BENIH POKOK BUNGA SEMUSIM

Pokok bunga semusim dibiakkan melalui biji benih.
Biji benih ini diperoleh daripada induk yang telah matang. 
Ciri-ciri biji benih yang baik termasuklah:
1.  Berisi
2.  Matang
3.  Berbentuk normal
4.  Tiada tanda serangan penyakit
5.  Tidak mempunyai sebarang kecederaan

Contoh: benih matahari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan