Ahad, 18 Mac 2012

Lukisan Teknik

Selamat memulakan sesi persekolahan setelah seminggu bercuti. Kepada para pelajar teruslah bersemangat untuk menimba ilmu demi masa depan yang cemerlang. Kali ini laman panitia memaparkan pengenalan kepada Lukisan Teknik iaitu salah satu bab dalam tingkatan 2. Diharapkan pelajar tingkatan 2 bersedia untuk mempelajari bab Lukisan Teknik ini. Anda bolehlah bersedia dengan alatan seperti di paparan ini. Selamat Belajar! Untuk maklumat lanjut klik di alamat ini -- http://kemahiranhidupshaniza.blogspot.com/2010/01/lukisan-teknik.html

ALATAN LUKISAN TEKNIK

-Pembaris.
-Pemadam pensel.
-Papan lukisan.
-Sesiku T.
-Jangka tolok.
-Kertas saiz A4.

BAHAN
1. Kertas Grid.



2. Kertas Isogrid



Melakar
a. Tujuan Melakar
b. Membantu memperjelaskan rupa dan bentuk cadangan rekaan secara 3D atau 2D
Lukisan lakaran dibuat dengan menggunakan pensil
- Lukisan Lakaran yang baik haruslah mengandungi
      1. maklumat bahan
      2. ukuran panjang dan lebar
      3. ukuran tinggi dan tebal
      4. jenis penyambung yang digunakan
      5. tarikh lakaran
      6. Skala
      7. Dimensi
      8. Nama individu/kumpulan
      9. Nama projek
Jenis lukisan lakaran
a. Lukisan Oblik
Lukisan 3 dimensi yang menggunakan 1 garisan mendatar dan 1 garisan serong bersudut 45º darjah sebagai paksi
b. Lukisan isometrik
Lukisan 3 dimensi yang menggunakan 2 garisan tapak 30º darjah sebagai paksi
c. Lukisan perspektif
Lukisan yang didasarkan kepada suatu titik lenyap atau garis ufuk
MENDIMENSI
1. Dimensi bertujuan menentukan saiz dan kedudukan bahagian objek
2. Perkara perkara yang diberi perhatian semasa mendimensi :
Garisan unjuran
Garisan dimensi
Anak panah
3. Garisan dimensi mesti selari dengan garisan objek

Tiada ulasan:

Catat Ulasan