Isnin, 28 April 2014

MAKSUD REKA BENTUK & TEKNOLOGI

Reka bentuk    :    Susunan barang yang dirancang untuk menghasilkan sesuatu
                              produk atau impak.

Teknologi        :      Pengajian & pengetahuan dalam usaha manusia mencipta dan
                               menggunakan pelbagai alat,sumber, teknik & system
                               untuk menguruskan kehidupan.


FAKTOR REKABENTUK



                     FUNGSI
             berfungsi dengan baik dan memenuhi kehendak pengguna 
                       RUPABENTUK 
              mempunyai konsep dan rupa menarik, stabil dan praktikal ketika menggunakannya 
 
                       KESESUAIAN BAHAN
              menggunakan bahan yang mudah didapati dan mudah dipasang sesuai dengan kos yang perlu    
              dibayar
              KETAHANAN
  -    Kukuh
  -    Jika digunakan diluar mesti tahan cuaca dan serangan serangga
  -    Tidak mudah rosak

  KOS
  berpatutan dengan kos pembuatan dan mampu dibeli dan dimiliki pengguna
              KESELAMATAN
  tidak mendatang bahaya kepada pengguna dan kesan buruk terhadap alam sekita
              NILAI KOMERSIAL 
              memenuhi cita rasa masa kini dan mampu dipasarkan serta menepati kehendak pasaran 
 


JENIS BAHAN & PENGIKAT


BAHAN


Bahan
Kelebihan
Kelemahan
Kayu
2 jenis ;
i.   Kayu Keras : 
     Cengal & jati
-       untuk perabot.
ii. Kayu lembut :
    Meranti & Nyatoh
-    untuk perabot & pembinaan am.
-    Mudah digergaji, digerudi, dipaku & diskru
-    Mudah dicantum & disambung
-     Lasak
-    Sesuai dengan beberapa jenis kemasan
-    Lebih teguh
-    Urat & ira kayu cantik & mudah dikerjakan
-     untuk kerja pembinaan
-      Mudah mengecut & meleding
-      Bahagian hujung mudah retak & pecah apabila dipaku
-      Mudah reputmudah diserang serangga perosak
-       sesuai untuk membuat permukaan yang lebar & luas
Papan lapis
Beberapa lapisan kayu nipis/Vernier
2 jenis :
i.   Papan lapis kalis air
ii. Papan lapis tidak kalis air
-   untuk membuat perabot & pembinaan am
    
-      Ringan & mudah digunakan
-       lebar & rata
-      Tidak mudah mengecut & meleding
-      Bahagian hujung & tepi tidak mudah pecah apabila dipaku @ diskru.
          
-      Lapisan kayu nipis mudah lekang apabila terkena air
-      Tidak sesuai digunakan di luar   rumah & bangunan
Medium Density Fibre Board (MDF)
- Daripada serat kayu lembut.
- disadur bahan kemasan berwarna @ corak ira kayu
- untuk perabot
      
-       Tahan haba
-       Kemasan boleh dibuat spt kayu semula jadi
-       Tidak retak apb dipaku hujungnya
-       Tidak mudah bengkok dan tidak meleding
-       Permukaan lebar & rata
           
-      Tidak kalis air
-      Mudah lerai jika ada kecacatan
Mounting board
-   Kadbod drpd kertas.
-   pelbagai saiz,  ketebalan & warna.
-   untuk hiasan, model barangan, kraftangan & bingkai gambar
      
-       Mudah dibentuk & dikerjakan
-       Kelihatan menarik kerana pelbagai warna
-       Ringan
-      Tidak kalis air
-      Warna mudah luntur
-      Daya kekuatan rendah


PENGIKAT


     1.       Paku
            a)      Paku kepala rata  :   - Daripada keluli lembut
                                             -  Untuk kerja am
                  b)      Paku panel            :  - Untuk perabot
-                 Tukul kuku kambing & tukul warrington digunakan untuk mengetuk paku
-                  Ditentukan oleh panjang batang
-                  Memaku secara menyerong lebih kuat cengkaman
-                  Pembenam paku untuk membenam paku panel
     2.       Skru
            a)      Skru kepala benam
            b)      Skru kepala bulat
-                   Daripada keluli lembut, kuprum @ Loyang
-                   Untuk mengikat bahan kayu & logam serta memasang engsel.
-               Dipasang menggunakan pemutar skru rata @ pemutar skru Phillips.
-               Cengkaman lebih kuat berbanding paku
-                   Senggerek digunakan untuk menandakan lubang kecil pada kayu sebelum diskru.
     3.       Glu
            a)      Glu sentuh
-                              Untuk mencantum 2 bahan berlainan jenis spt kayu & logam
                  b)      Glu PVA ( Polyvinyl acetate )
-                               Untuk cantuman kayu. Mudah digunakan tetapi tidak kalis air.
              -    Pastikan permukaan bahan cantuman kering, bersih & tidak berminyak.

Khamis, 27 Februari 2014

KEMASAN



Dalam proses pembinaan bangunan,kemasan merupakan kerja-kerja terakhir yang
Menentukan kecantikannya.Terdapat be kemasan mempunyai cirri-ciri tersendiri.
berapa jenis kemasan yang boleh dilakukan
Pada setiap bangunan berdasarkan kepada bahan-bahan yang digunakan.Pemilihan
Jenis kemasan hendaklah dilakukan dengan cermat supaya mutu kemasan terjamin
Dan dapat menjimatkan kos.

15.0.1 FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KEMASAN

Harga:
Kemasan yang dipilih mestilah merupakan bahan yang tidak mahal tetapi
mempunyai mutu yang tinggi.

Kelasakan:
Kemasan yang dipilih mestilah tahan lama iaitu tidak mengalami kecacatan
Pada permukaannya. Ia juga mestilah tahan lasak terhadap kelembapan, suhu,
Dan tidak mudah reput.
Rupa:
Pemilihan rupa bentuk yang sesuai memainkan peranan penting dalam menentukan kemasan lantai. Ini bertujuan supaya rekabentuk kemasan lantai
dapat dipilih bersesuaian dengan tempat yang hendak dipasang.

Rintangan api:
Ia mestilah bahan yang tidak mudah terbakar seperti jubin bata, jubin seramik,
konkrit dan lain-lain.

Penyerapan Bunyi:
Kemasan yang dipilih juga seharusnya dapat menyerap bunyi supaya dapat memberikan keselesaan kepada pemilik dan penghuni.

Keselamatan:
Kemasan yang dipilih mestilah dapat menyerap bunyi, tidak licin, rata dan merupakan penebat haba yang baik.

Keselesaan:
Biasanya digunakan pada karpet, kemasan vinil, jubin gabus dan sebagainya.

15.0.2 KEMASAN LANTAI

15.0.3 JENIS-JENIS KEMASAN LANTAI

Lepa Simen:
Kemasan lepasan simen Portland biasa ataupun simen berwarna pada dasar
konkrit merupakan sejenis kemasan lantai yang biasa digunakan dalam pembinaan bangunan perusahaan dan rumah-rumah kos rendah.

Terazzo:

                                   
Ia digunakan sebagai kemasan lantai atau tembok. Lantai terazzo biasanya digunakan di bilik tamu, bilik tidur, pejabat dan lain-lain. Ia tidak sesuai digunaka ditempat yang lembab seperti bilik air dan dapur.

Jubin:

                     
                                 
Terdapat banyak jenis jubin yang boleh didapati di pasaran tempatan dan banyak kegunaannya.Jubin diperbuat daripada tanah liat, pasir, dan bahan
tambahan melalui proses pembakaran. Selain itu juga, jubin mempunyai
kegunaan khas seperti jubin rintangan gelincir, jubin tahan lasak dan sebagainya.
Mozek:
Mozek diperbuat daripada tanah liat dan bahan-bahan tambahan melalui
proses pembakaran.Ia merupakan kepingan jubin yang disusun dengan berbagai-bagai rekabentuk.Pembinaanya biasa dilakukan dengan menggunakan adunan simen untuk melekatkan mozek di dasar konkrit.

Bata Marmar:

                                         

                                                   
Kepingan batu marmar yang berupa tapak sekata ataupun tapak tak sebentuk
dilekatkan di dasar konkrit dengan menggunakan adunan simen. Permukaan
lantai perlu diasah dengan mesin canai menggunakan batu asah gred kasar dan gred halus sehingga rata, licin dan dikemaskan dengan lilin.


Jalur kayu:

Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beluti kayu
yang ditanam didalam lapisan konkrit ataupun pada gelagar lantai kayu. Lantai jalur kayu boleh dikemaskan dengan sampar atau lekar.

          Parquet:

                                           
Dihasilkan daripada kayu keras terpilih dan kemudian dipotong mengikut pelbagai saiz , bentuk dan corak yang menarik. Blok parkey boleh diletakkan
terus pada lantai dengan syarat permukaan aras yang rata, secara disematkan atau diglu dalam keadaan panas. Kemasan ini dianggap sebagai salah satu jenis. Kemasan jenis ini merupakan kemasan lantai yang paling menarik dan boleh diaturkan dengan corak yang dikehendaki.

Khamis, 25 April 2013

TEMPAT KEDIAMAN

Pelajar tingkatan 3 baru sahaja mula mempelajari bab ini. Bab ini bakal diuji dalam peperiksaan pertengahan tahun pada bulan Mei ini. Cubalah saksikan PAPARAN SLAID untuk mendapatkan gambaran bagi bab ini. Teruskan usaha!

Selasa, 23 April 2013

JAHITAN KIA

Tontonlah video ini untuk mengetahui Jahitan Kia...


Selasa, 16 April 2013

PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Bulan Mei bakal menjelma tidak lama lagi. Diharapkan pelajar-pelajar telah mula mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan pertengahan tahun yang dijangkakan pada 14hb Mei ini. Kali ini saya ingin berkongsi tips-tips belajar yang boleh anda jadikan panduan.
Klik di sini untuk mengetahui tips-tips lain.Tips ini boleh digunakan terutamanya kepada calon-calon PMR dan SPM.

Tips -tips belajar
Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.


Kedua – Membawa buku ke mana sahaja anda pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan – Sentiasa bertanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa kokurikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Selasa, 9 April 2013

KERJA PAIP TINGKATAN 1






Bab ini memang agak sukar tetapi sekiranya pelajar mengulangkaji dengan tekun, pasti akan faham bab ini. Pelajar boleh layari kerja paip-tingkatan 1 untuk mencuba kuiz berkaitan Kerja Paip. Selamat Mencuba!

Bagi pelajar TINGKATAN 3 yang bakal menghadapi PMR tidak lama lagi, anda juga boleh melayari laman web di atas untuk mencuba kuiz elektronik dan lain-lain kuiz yang berkaitan bagi membantu anda mengulangkaji pelajaran. Gunakanlah masa sebaiknya. Gunakanlah Internet untuk mencari maklumat berguna bagi membantu anda bukannya melayari laman web yang tidak berfaedah. Jadikanlah laman maya ini sebagai landasan perkongsian ilmu bagi membantu anda dalam PMR kelak. Semoga anda berjaya!




Boleh layari Nota Kerja Paip untuk tambahan ilmu...









































Sabtu, 7 April 2012

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

         Saya baru pulang daripada berkursus tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Emm...tetapi saya pergi kursus tersebut atas tiket mata pelajaran Bahasa Malaysia. Sekarang barulah saya lebih faham dan nampak lebih jelas bagaimana untuk melaksanakan PBS di sekolah. Mulai tahun ini murid-murid Tingkatan Satu akan ditaksir mengikut Band 1 - 6. Oleh sebab tiada lagi Peperiksaan PMR mulai tahun 2014, maka diwujudkan PBS ini. Pentaksiran akan dibuat sepanjang tahun dan murid-murid tidak terikat dengan peperiksaan sebaliknya mereka perlu mencapai Band 1 - 6 yang ditetapkan dengan menghasilkan Evidens sebagai bukti murid berjaya mencapai sesuatu Band. Guru akan mentaksir berpandukan Dokumen Standard Prestasi daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Guru akan mengajar mengikut Sukatan Pelajaran dan mentaksir berpandukan Standard Prestasi. Di sini saya ingin berkongsi maklumat tentang Band. Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu. Berikut adalah pernyataan band tersebut:
  • Band 1 - TAHU
  • Band 2 - TAHU DAN FAHAM
  • Band 3 - TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
  • Band 4 - TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
  • Band 5 - TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAP TERPUJI
  • Band 6 - TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAP MITHALI
           Kepada murid-murid, tidak perlu anda fikirkan tentang Band tersebut tetapi apa yang penting anda perlu berusaha untuk mencapai standard prestasi yang ditetapkan. Ikutlah arahan guru. Jangan beranggapan tanpa peperiksaan yang besar anda boleh 'goyang kaki'. Ilmu tetap perlu dicari demi masa depan yang cemerlang & gemilang. Kepada murid tingkatan 1 ,AYUH, BERUSAHALAH!

Isnin, 2 April 2012

Tips Pengurusan Masa Berkesan

Apa khabar calon PMR 2012? Emm...sekarang sudah pun bulan April. Seharusnya kerja kursus anda sedang dalam proses kerana masa berlalu terlalu pantas. Di harap anda semua patuhlah arahan guru dan berikan kerjasama 200% kepada guru anda agar kerja kursus anda berjaya disudahkan dalam tempohnya. Ingat! Kerja kursus amat penting dalam membantu anda mencapai A bagi subjek Kemahiran Hidup. Laman panitia kali ini ingin berkongsi maklumat tentang Tips Pengurusan Masa Berkesan. 
Anda boleh klik dibawah untuk maklumat lanjut 

10 Tips Pengurusan Masa Berkesan

1. Buatlah perencanaan
Anda memerlukan perencanaan kerja harian. Kalau tidak demikian, anda akan mengalokasikan waktu menurut apa sahaja yang kebetulan tiba dimeja tulis anda. Awasilah setiap hari dengan membuat jadual umum, dengan penekanan khusus pada dua atau tiga hal yang ingin anda selesaikan. Makin banyak waktu yang kita lewatkan untuk merencanakan sesebuah projek, makin sedikit waktu total yang diperlukan untuk menyelesaikannya.

2. Pusatkan perhatian
Golongan yang menghadapi masalah serius dalam hal pengurusan waktu biasanya mencuba melakukan banyak hal sekaligus. Jumlah waktu yang digunakan dalam suatu projek bukanlah hal yang penting. Tetapi yang lebih penting ialah menyediakan jumlah waktu yang tidak terganggu.

3. Ambillah waktu rehat
Bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah penggunaan waktu yang efektif. Tenaga makin menurun, kebosanan makin mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan mental makin terkumpul. Oeh itu, anda memerlukan masa rehat yang secukupnya kerana hanya berehat sahaja merupakan cara yang paling baik.

4. Jauhkan suasana berkecamuk
Sesetengah orang selalu membiarkan meja tulisnya dipenuhi kertas yang berselerak. Mereka merasa bahawa dengan cara itu persoalan yang penting akan naik sendiri ke atas timbunan kertas itu. Sebenarnya keadaan berkecamuk seperti ini mengganggu tumpuan serta meningkatkan ketegangan dan prestasi seperti orang yang tertimbus batu.

5. Jangan menjadi ‘perfectionist’
Ada perbezaan yang besar antara berusaha mendapat hasil yang baik dan bermati-matian mengejar kesempurnaan. Langkah yang pertama , dapat dicapai,memberi kepuasan dan sihat. Sementara langkah yang kedua, selalunya mustahil, mengakibatkan kekecewaan dan gangguan jiwa. Ia juga mengakibatkan pmbaziran waktu yang sia-sia.

6. Jangan takut mengatakan tidak
Daripada semua teknik menghemat waktu yang pernah dikembangkan, barangkali yang paling efektif ialah selalu menggunakan perkataan tidak. Belajarlah menolak dengan mengunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak menunjang pencapaian sasaran anda.

7. Jangan menangguhkan kerja
Penangguhan kerja pada umumnya merupakan kebasaan yang sudah berakar umbi. Sungguhpun begitu, kita mampu mengubah kebiasaan ini asalkan kita menggunakan sistem yang tepat seperti putuskan untuk berubah segera setelah anda selesai membaca artikel ini, sementara hati anda tergerak oleh motivasinya. Mengambil langkah pertama dengan segera adalah amat penting. Seterusnya jangan mencuba terlalu banyak perkara dalam waktu yang singkat. Apa yang perlu dilakukan ialah memaksa diri melakukan pekerjaan yang sudah tertunda sekarang juga.

8. Lakukanlah bedah siasat radikal
Kegiatan membuang waktu sama seperti kanser. Ia menghabiskan tenaga dan ketumbuhan semakin besar. Satu-satunya cara penyembuhan adalah pembedahan radikal. Jika anda membuang waktu dalam kegiatan yang membuatkan anda bosan, alihkan perhatian daripadanya kerana ia mensia-siakan tenaga anda. Buanglah kegiatan ini, sekali untuk selama-lamanya.

9. Delegasikan pekerjaan

Anda tidak perlu menjadi pemimpin nasional atau esekutif firma gergasi untuk mampu mendelegasikan pekerjaan. Belajarlah mendelegasikan tugas yang penuh cabaran dan memberikan imbalan, bersama dengan kuasa secukupnya untuk membuat keputusan yang perlu. Ini dapat membantu melonggarkan waktu anda.

10. Jangan ketagihan kerja
Hampir semua manusia berjaya mempunyai waktu bekerja yang panjang, tetapi mereka tidak membiarkan pekerjaan mengganggu hal-hal yang penting dalam hidup mereka, seperti bergaul dengan teman-teman dan bersama keluarga.Ini membezakan mereka daripada orang yang ketagihan kerja (workalcoholic) yang sama tarafnya seperti orang yang ketagihan alkohol.

Gunakanlah masa dengan berhemah. Sesungguhnya masa tidak menunggu orang-orang yang suka berlengah!