KEMASAN
Dalam proses pembinaan bangunan,kemasan merupakan kerja-kerja terakhir yang 
Menentukan kecantikannya.Terdapat be kemasan mempunyai cirri-ciri tersendiri.
berapa jenis kemasan yang boleh dilakukan 
Pada setiap bangunan berdasarkan kepada bahan-bahan yang digunakan.Pemilihan 
Jenis kemasan hendaklah dilakukan dengan cermat supaya mutu kemasan terjamin
Dan dapat menjimatkan kos.
15.0.1 FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KEMASAN
Harga:
Kemasan yang dipilih mestilah merupakan bahan yang tidak mahal tetapi
mempunyai mutu yang tinggi.
Kelasakan:
Kemasan yang dipilih mestilah tahan lama iaitu tidak mengalami kecacatan
Pada permukaannya. Ia juga mestilah tahan lasak terhadap kelembapan, suhu,
Dan tidak mudah reput.
Rupa:
Pemilihan
 rupa bentuk yang sesuai memainkan peranan penting dalam menentukan 
kemasan lantai. Ini bertujuan supaya rekabentuk kemasan lantai 
dapat dipilih bersesuaian dengan tempat yang hendak dipasang.
Rintangan api:
Ia mestilah bahan yang tidak mudah terbakar seperti jubin bata, jubin seramik,
konkrit dan lain-lain.
Penyerapan Bunyi:
Kemasan yang dipilih juga seharusnya dapat menyerap bunyi supaya dapat memberikan keselesaan kepada pemilik dan penghuni.
Keselamatan:
Kemasan yang dipilih mestilah dapat menyerap bunyi, tidak licin, rata dan merupakan penebat haba yang baik.
Keselesaan:
Biasanya digunakan pada karpet, kemasan vinil, jubin gabus dan sebagainya.
15.0.2 KEMASAN LANTAI
15.0.3 JENIS-JENIS KEMASAN LANTAI
Lepa Simen:
Kemasan lepasan simen Portland biasa ataupun simen berwarna pada dasar
konkrit merupakan sejenis kemasan lantai yang biasa digunakan dalam pembinaan bangunan perusahaan dan rumah-rumah kos rendah.
Terazzo:
Ia
 digunakan sebagai kemasan lantai atau tembok. Lantai terazzo biasanya 
digunakan di bilik tamu, bilik tidur, pejabat dan lain-lain. Ia tidak 
sesuai digunaka ditempat yang lembab seperti bilik air dan dapur.
Jubin:
Terdapat
 banyak jenis jubin yang boleh didapati di pasaran tempatan dan banyak 
kegunaannya.Jubin diperbuat daripada tanah liat, pasir, dan bahan 
tambahan melalui proses pembakaran. Selain itu juga, jubin mempunyai 
kegunaan khas seperti jubin rintangan gelincir, jubin tahan lasak dan sebagainya.
Mozek:
Mozek diperbuat daripada tanah liat dan bahan-bahan tambahan melalui
proses
 pembakaran.Ia merupakan kepingan jubin yang disusun dengan 
berbagai-bagai rekabentuk.Pembinaanya biasa dilakukan dengan menggunakan
 adunan simen untuk melekatkan mozek di dasar konkrit. 
Bata Marmar:
Kepingan batu marmar yang berupa tapak sekata ataupun tapak tak sebentuk
dilekatkan di dasar konkrit dengan menggunakan adunan simen. Permukaan
lantai
 perlu diasah dengan mesin canai menggunakan batu asah gred kasar dan 
gred halus sehingga rata, licin dan dikemaskan dengan lilin.
Jalur kayu:
Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beluti kayu
yang
 ditanam didalam lapisan konkrit ataupun pada gelagar lantai kayu. 
Lantai jalur kayu boleh dikemaskan dengan sampar atau lekar.
Parquet:
Dihasilkan
 daripada kayu keras terpilih dan kemudian dipotong mengikut pelbagai 
saiz , bentuk dan corak yang menarik. Blok parkey boleh diletakkan
terus
 pada lantai dengan syarat permukaan aras yang rata, secara disematkan 
atau diglu dalam keadaan panas. Kemasan ini dianggap sebagai salah satu 
jenis. Kemasan jenis ini merupakan kemasan lantai yang paling menarik 
dan boleh diaturkan dengan corak yang dikehendaki.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan