Sabtu, 7 April 2012

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

         Saya baru pulang daripada berkursus tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Emm...tetapi saya pergi kursus tersebut atas tiket mata pelajaran Bahasa Malaysia. Sekarang barulah saya lebih faham dan nampak lebih jelas bagaimana untuk melaksanakan PBS di sekolah. Mulai tahun ini murid-murid Tingkatan Satu akan ditaksir mengikut Band 1 - 6. Oleh sebab tiada lagi Peperiksaan PMR mulai tahun 2014, maka diwujudkan PBS ini. Pentaksiran akan dibuat sepanjang tahun dan murid-murid tidak terikat dengan peperiksaan sebaliknya mereka perlu mencapai Band 1 - 6 yang ditetapkan dengan menghasilkan Evidens sebagai bukti murid berjaya mencapai sesuatu Band. Guru akan mentaksir berpandukan Dokumen Standard Prestasi daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Guru akan mengajar mengikut Sukatan Pelajaran dan mentaksir berpandukan Standard Prestasi. Di sini saya ingin berkongsi maklumat tentang Band. Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu. Berikut adalah pernyataan band tersebut:
  • Band 1 - TAHU
  • Band 2 - TAHU DAN FAHAM
  • Band 3 - TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
  • Band 4 - TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
  • Band 5 - TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAP TERPUJI
  • Band 6 - TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAP MITHALI
           Kepada murid-murid, tidak perlu anda fikirkan tentang Band tersebut tetapi apa yang penting anda perlu berusaha untuk mencapai standard prestasi yang ditetapkan. Ikutlah arahan guru. Jangan beranggapan tanpa peperiksaan yang besar anda boleh 'goyang kaki'. Ilmu tetap perlu dicari demi masa depan yang cemerlang & gemilang. Kepada murid tingkatan 1 ,AYUH, BERUSAHALAH!

Isnin, 2 April 2012

Tips Pengurusan Masa Berkesan

Apa khabar calon PMR 2012? Emm...sekarang sudah pun bulan April. Seharusnya kerja kursus anda sedang dalam proses kerana masa berlalu terlalu pantas. Di harap anda semua patuhlah arahan guru dan berikan kerjasama 200% kepada guru anda agar kerja kursus anda berjaya disudahkan dalam tempohnya. Ingat! Kerja kursus amat penting dalam membantu anda mencapai A bagi subjek Kemahiran Hidup. Laman panitia kali ini ingin berkongsi maklumat tentang Tips Pengurusan Masa Berkesan. 
Anda boleh klik dibawah untuk maklumat lanjut 

10 Tips Pengurusan Masa Berkesan

1. Buatlah perencanaan
Anda memerlukan perencanaan kerja harian. Kalau tidak demikian, anda akan mengalokasikan waktu menurut apa sahaja yang kebetulan tiba dimeja tulis anda. Awasilah setiap hari dengan membuat jadual umum, dengan penekanan khusus pada dua atau tiga hal yang ingin anda selesaikan. Makin banyak waktu yang kita lewatkan untuk merencanakan sesebuah projek, makin sedikit waktu total yang diperlukan untuk menyelesaikannya.

2. Pusatkan perhatian
Golongan yang menghadapi masalah serius dalam hal pengurusan waktu biasanya mencuba melakukan banyak hal sekaligus. Jumlah waktu yang digunakan dalam suatu projek bukanlah hal yang penting. Tetapi yang lebih penting ialah menyediakan jumlah waktu yang tidak terganggu.

3. Ambillah waktu rehat
Bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah penggunaan waktu yang efektif. Tenaga makin menurun, kebosanan makin mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan mental makin terkumpul. Oeh itu, anda memerlukan masa rehat yang secukupnya kerana hanya berehat sahaja merupakan cara yang paling baik.

4. Jauhkan suasana berkecamuk
Sesetengah orang selalu membiarkan meja tulisnya dipenuhi kertas yang berselerak. Mereka merasa bahawa dengan cara itu persoalan yang penting akan naik sendiri ke atas timbunan kertas itu. Sebenarnya keadaan berkecamuk seperti ini mengganggu tumpuan serta meningkatkan ketegangan dan prestasi seperti orang yang tertimbus batu.

5. Jangan menjadi ‘perfectionist’
Ada perbezaan yang besar antara berusaha mendapat hasil yang baik dan bermati-matian mengejar kesempurnaan. Langkah yang pertama , dapat dicapai,memberi kepuasan dan sihat. Sementara langkah yang kedua, selalunya mustahil, mengakibatkan kekecewaan dan gangguan jiwa. Ia juga mengakibatkan pmbaziran waktu yang sia-sia.

6. Jangan takut mengatakan tidak
Daripada semua teknik menghemat waktu yang pernah dikembangkan, barangkali yang paling efektif ialah selalu menggunakan perkataan tidak. Belajarlah menolak dengan mengunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak menunjang pencapaian sasaran anda.

7. Jangan menangguhkan kerja
Penangguhan kerja pada umumnya merupakan kebasaan yang sudah berakar umbi. Sungguhpun begitu, kita mampu mengubah kebiasaan ini asalkan kita menggunakan sistem yang tepat seperti putuskan untuk berubah segera setelah anda selesai membaca artikel ini, sementara hati anda tergerak oleh motivasinya. Mengambil langkah pertama dengan segera adalah amat penting. Seterusnya jangan mencuba terlalu banyak perkara dalam waktu yang singkat. Apa yang perlu dilakukan ialah memaksa diri melakukan pekerjaan yang sudah tertunda sekarang juga.

8. Lakukanlah bedah siasat radikal
Kegiatan membuang waktu sama seperti kanser. Ia menghabiskan tenaga dan ketumbuhan semakin besar. Satu-satunya cara penyembuhan adalah pembedahan radikal. Jika anda membuang waktu dalam kegiatan yang membuatkan anda bosan, alihkan perhatian daripadanya kerana ia mensia-siakan tenaga anda. Buanglah kegiatan ini, sekali untuk selama-lamanya.

9. Delegasikan pekerjaan

Anda tidak perlu menjadi pemimpin nasional atau esekutif firma gergasi untuk mampu mendelegasikan pekerjaan. Belajarlah mendelegasikan tugas yang penuh cabaran dan memberikan imbalan, bersama dengan kuasa secukupnya untuk membuat keputusan yang perlu. Ini dapat membantu melonggarkan waktu anda.

10. Jangan ketagihan kerja
Hampir semua manusia berjaya mempunyai waktu bekerja yang panjang, tetapi mereka tidak membiarkan pekerjaan mengganggu hal-hal yang penting dalam hidup mereka, seperti bergaul dengan teman-teman dan bersama keluarga.Ini membezakan mereka daripada orang yang ketagihan kerja (workalcoholic) yang sama tarafnya seperti orang yang ketagihan alkohol.

Gunakanlah masa dengan berhemah. Sesungguhnya masa tidak menunggu orang-orang yang suka berlengah!