Sabtu, 7 April 2012

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

         Saya baru pulang daripada berkursus tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Emm...tetapi saya pergi kursus tersebut atas tiket mata pelajaran Bahasa Malaysia. Sekarang barulah saya lebih faham dan nampak lebih jelas bagaimana untuk melaksanakan PBS di sekolah. Mulai tahun ini murid-murid Tingkatan Satu akan ditaksir mengikut Band 1 - 6. Oleh sebab tiada lagi Peperiksaan PMR mulai tahun 2014, maka diwujudkan PBS ini. Pentaksiran akan dibuat sepanjang tahun dan murid-murid tidak terikat dengan peperiksaan sebaliknya mereka perlu mencapai Band 1 - 6 yang ditetapkan dengan menghasilkan Evidens sebagai bukti murid berjaya mencapai sesuatu Band. Guru akan mentaksir berpandukan Dokumen Standard Prestasi daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Guru akan mengajar mengikut Sukatan Pelajaran dan mentaksir berpandukan Standard Prestasi. Di sini saya ingin berkongsi maklumat tentang Band. Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu. Berikut adalah pernyataan band tersebut:
  • Band 1 - TAHU
  • Band 2 - TAHU DAN FAHAM
  • Band 3 - TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
  • Band 4 - TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
  • Band 5 - TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAP TERPUJI
  • Band 6 - TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAP MITHALI
           Kepada murid-murid, tidak perlu anda fikirkan tentang Band tersebut tetapi apa yang penting anda perlu berusaha untuk mencapai standard prestasi yang ditetapkan. Ikutlah arahan guru. Jangan beranggapan tanpa peperiksaan yang besar anda boleh 'goyang kaki'. Ilmu tetap perlu dicari demi masa depan yang cemerlang & gemilang. Kepada murid tingkatan 1 ,AYUH, BERUSAHALAH!

1 ulasan:

  1. Tahniah Panitia Kemahiran Hidup! Banyak informasi yang bermanfaat untuk pelajar. Semoga elajar-pelajar SMK Senawang 3 dapat manfaat yang subesar-besarnya daripada posting-posting yang telah dibuat.

    BalasPadam