Rabu, 14 Mac 2012

Informasi

Mengapa Turunkan Berat Badan?

Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.

BMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.

Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan Saya?

Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.

Khamis, 8 Mac 2012

Soalan Cuti Sekolah

Selamat Bercuti kepada semua murid. Cuti-cuti juga, jangan lupa ulangkaji pelajaran dan bagi calon PMR gunakanlah masa cuti ini untuk berlatih menjawab soalan-soalan objektif Kemahiran Hidup. Cubalah lawati blog ini - banksoalanpmr.blogspot.com yang mengandungi koleksi soalan percubaan KHB PMR. Gunakanlah netbook yang anda perolehi untuk memuat turun soalan-soalan yang ada. Selamat Mencuba!

Selasa, 15 November 2011

Karnival KHB 2011

Pada tanggal 21 Ogos 2011, Panitia KH telah berjaya menganjurkan Karnival KHB 2011. Antara objektif karnival kali ini adalah untuk membina keyakinan diri pelajar dan memupuk semangat kerjasama disamping mencungkil bakat serta kreativiti pelajar. Pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Pelajar bergerak secara kumpulan. Antara pertandingan yang dijalankan ialah pertandingan dunia herba dan rempah, mengenal piramid makanan dan pertandingan menggoreng mee. Pelajar amat teruja dan begitu bersemangat menjayakan aktiviti.Insyaallah tahun depan panitia akan menjalankan aktiviti yang lebih menarik. Tahniah kepada kumpulan yang berjaya!