Apa khabar calon PMR 2012? Emm...sekarang sudah pun bulan April. Seharusnya kerja kursus anda sedang dalam proses kerana masa berlalu terlalu pantas. Di harap anda semua patuhlah arahan guru dan berikan kerjasama 200% kepada guru anda agar kerja kursus anda berjaya disudahkan dalam tempohnya. Ingat! Kerja kursus amat penting dalam membantu anda mencapai A bagi subjek Kemahiran Hidup. Laman panitia kali ini ingin berkongsi maklumat tentang Tips Pengurusan Masa Berkesan. 
Anda boleh klik dibawah untuk maklumat lanjut 
10 Tips Pengurusan Masa Berkesan
1. Buatlah perencanaan
Anda memerlukan perencanaan kerja harian. Kalau tidak demikian, anda 
akan mengalokasikan waktu menurut apa sahaja yang kebetulan tiba dimeja 
tulis anda. Awasilah setiap hari dengan membuat jadual umum, dengan 
penekanan khusus pada dua atau tiga hal yang ingin anda selesaikan. 
Makin banyak waktu yang kita lewatkan untuk merencanakan sesebuah 
projek, makin sedikit waktu total yang diperlukan untuk 
menyelesaikannya.
2. Pusatkan perhatian
Golongan yang menghadapi masalah serius dalam hal pengurusan waktu 
biasanya mencuba melakukan banyak hal sekaligus. Jumlah waktu yang 
digunakan dalam suatu projek bukanlah hal yang penting. Tetapi yang 
lebih penting ialah menyediakan jumlah waktu yang tidak terganggu.
 
3. Ambillah waktu rehat
Bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah penggunaan waktu yang efektif. Tenaga
 makin menurun, kebosanan makin mempengaruhi serta ketegangan fizikal 
dan mental makin terkumpul. Oeh itu, anda memerlukan masa rehat yang 
secukupnya kerana hanya berehat sahaja merupakan cara yang paling baik.
 
4. Jauhkan suasana berkecamuk
Sesetengah orang selalu membiarkan meja tulisnya dipenuhi kertas yang 
berselerak. Mereka merasa bahawa dengan cara itu persoalan yang penting 
akan naik sendiri ke atas timbunan kertas itu. Sebenarnya keadaan 
berkecamuk seperti ini mengganggu tumpuan serta meningkatkan ketegangan 
dan prestasi seperti orang yang tertimbus batu.
 
5. Jangan menjadi ‘perfectionist’
Ada perbezaan yang besar antara berusaha mendapat hasil yang baik dan 
bermati-matian mengejar kesempurnaan. Langkah yang pertama , dapat 
dicapai,memberi kepuasan dan sihat. Sementara langkah yang kedua, 
selalunya mustahil, mengakibatkan kekecewaan dan gangguan jiwa. Ia juga 
mengakibatkan pmbaziran waktu yang sia-sia.
6. Jangan takut mengatakan tidak
Daripada semua teknik menghemat waktu yang pernah dikembangkan, 
barangkali yang paling efektif ialah selalu menggunakan perkataan tidak.
 Belajarlah menolak dengan mengunakan kebijaksanaan tetapi tegas 
terhadap setiap permintaan yang tidak menunjang pencapaian sasaran anda.
 
7. Jangan menangguhkan kerja
Penangguhan kerja pada umumnya merupakan kebasaan yang sudah berakar 
umbi. Sungguhpun begitu, kita mampu mengubah kebiasaan ini asalkan kita 
menggunakan sistem yang tepat seperti putuskan untuk berubah segera 
setelah anda selesai membaca artikel ini, sementara hati anda tergerak 
oleh motivasinya. Mengambil langkah pertama dengan segera adalah amat 
penting. Seterusnya jangan mencuba terlalu banyak perkara dalam waktu 
yang singkat. Apa yang perlu dilakukan ialah memaksa diri melakukan 
pekerjaan yang sudah tertunda sekarang juga.
 
8. Lakukanlah bedah siasat radikal
Kegiatan membuang waktu sama seperti kanser. Ia menghabiskan tenaga dan ketumbuhan  semakin
 besar. Satu-satunya cara penyembuhan adalah pembedahan radikal. Jika 
anda membuang waktu dalam kegiatan yang membuatkan anda bosan, alihkan 
perhatian daripadanya kerana ia mensia-siakan tenaga anda. Buanglah 
kegiatan ini, sekali untuk selama-lamanya.
9. Delegasikan pekerjaan
Anda tidak perlu menjadi pemimpin nasional atau esekutif firma gergasi 
untuk mampu mendelegasikan pekerjaan. Belajarlah mendelegasikan tugas 
yang penuh cabaran dan memberikan imbalan, bersama dengan kuasa 
secukupnya untuk membuat keputusan yang perlu. Ini dapat membantu 
melonggarkan waktu anda.
 
10. Jangan ketagihan kerja
Hampir semua manusia berjaya mempunyai waktu bekerja yang panjang, 
tetapi mereka tidak membiarkan pekerjaan mengganggu hal-hal yang penting 
dalam hidup mereka, seperti bergaul dengan teman-teman dan bersama 
keluarga.Ini membezakan mereka daripada orang yang ketagihan kerja 
(workalcoholic) yang sama tarafnya seperti orang yang ketagihan alkohol.
Gunakanlah masa dengan berhemah. Sesungguhnya masa tidak menunggu orang-orang yang suka berlengah!